Tuesday, August 16, 2011

Marshmallow...Ooo...Marshmallow



Salam...


Semua orang mesti tahu kan apa benda yang terdapat dalam gambar di atas. Dalam gambar tu mestilah sejenis makanan. Nama makanan itu adalah marshmallow, makanan ringan kesukaan aku. Walaupun aku tahu, hanya segelintir orang sahaja yang menyukai marshmallow ni.

Kenapa la tiba-tiba mulut ni terasa nak makan marshmallow malam-malam ni. Mana la nak cari malam-malam waktu macam ni kan. Alamatnya kena la aku pergi mencari marshmallow kesukaan aku esok. Tempat paling senang nak cari ialah dekat Giant Teluk Intan.

Ada macam-macam jenis marshmallow yang ada dijual di pasaran. Marshmallow yang paling aku suka marshmallow biasa tanpa perisa dan juga perisa coklat didalamnya. Nyum....nyum... terasa macam ada marshmallow dalam mulut aku sekarang ni.

Segelintir orang kata rasa marshmallow ni mcm tepung mentah, bagi aku ianya sedap dan tidak berapa manis. Pendapat setiap orang berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing. Jadi, bila ada orang menegur aku dan bertanya tentang rasa marshmallow, aku akan jawab sedap sungguh... yang penting mulut aku yang makan.

p/s: jika ada sesiapa yang beli marshmallow, hantarlah sedikit pada aku...hehehe

Wednesday, July 6, 2011

Menunggu...




Ku menunggu, menunggu sesuatu yang datang kepada ku...(menyanyi lagu 'ku menunggu' versi Rossa tapi lirik entah apa-apa)

Salam...
Pagi-pagi lagi aku dah tanya mak, posmen dah datang ke??? Sebenarnya menunggu kedatangan posmen, bukan menunggu surat penting, tetapi menunggu barang yang telah aku 'order'.


Sebelum tengah hari barang yang aku 'order' sampai. Seronok bukan main aku bila barang yang aku 'order' sampai di dalam sebuah bungkusan kotak yang sederhana besar.

Nak tahu apa yang ada dalam bungkusan kotak tu sebenarnya, mari kita tengok gambar kat bawah ni....


set 24 batang berus MAC

10 warna blusher Danni

21 warna lipgloss Danni

88 warna eyeshadow MAC

Masa aku 'order' barang-barang kat atas ni, tertanya-tanya kualiti barang tersebut.
Bila sudah ada depan mata baru la aku puas hati dengan barang-barang yang aku order.
Ada sesiapa yang berminat dengan alat solek macam yang aku ada, boleh tengok Facebook Aida Kosmetik dan 'order' sekali....ada banyak pilihan...


Tuesday, July 5, 2011

1st Day Jogging


Salam...
Rancangan untuk menguruskan badan bermula hari ini.
Aktiviti yang dilakukan adalah jogging bersama Rustika, Fetty Erma dan juga Ruzana.
Kami berempat berjogging di Stadium Sabak Bernam.

Mula-mula sekali kami panaskan badan dulu.
Supaya tidak ada sesiapa yang akan tercedera.
Jogging punya jogging, tak sedar dah empat pusingan padang stadium tu kami lari.

Hari ini, suami tercinta yang menemani aku pergi jogging.
Mungkin esok dan hari seterusnya, aku akan pergi jogging sendiri.
Terima kasih kepada suami ku kerana memberi sokongan yang kuat.

Mudah-mudahan, aktiviti jogging yang aku lakukan bersama kawan-kawan
akan berterusan sehingga matlamat kami semua tercapai.





Monday, July 4, 2011

Mukadimah....


Assalammualaikum...

Blog baru, cerita baru dan cara hidup yang baru.
Maka, semua coretan dalam blog ini merupakan kisah hidup dan cara hidup aku yang baru.
Aku perlu lakukan banyak perubahan dalam gaya dan cara hidup aku sekarang.